27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Kerajaan sasar kumpul 90,000 kg minyak masak terpakai

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN mensasarkan untuk mengumpul sebanyak 90,000 kilogram (kg) minyak masak terpakai sehingga akhir tahun ini.

Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) berkata, usaha tersebut dilaksanakan bersama Petronas Dagangan Berhad (PDB) menerusi pusat pengumpulan minyak masak terpakai.

Jelasnya, bermula dengan hanya tiga stesen minyak Petronas di Lembah Klang sebagai pusat pengumpulan minyak masak terpakai, kini ia telah diperluaskan ke 33 stesen minyak syarikat itu di seluruh negara.

“Program ini akan terus diperluaskan ke stesen-stesen Petronas yang terpilih di seluruh negara secara berperingkat.

“Dengan perluasan ini, KPK menyasarkan jumlah pengumpulan sebanyak 90,000kg dan penyertaan seramai 6,960 orang awam sehingga akhir Disember ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Mengulas lanjut, KPK berkata, Petronas akan menggunakan minyak masak terpakai tersebut sebagai salah satu sumber bahan mentah utama bagi menghasilkan bahan api penerbangan lestari atau sustainable aviation fuel (SAF).

Katanya, menerusi kerjasama dengan Petronas, inisiatif pengumpulan minyak terpakai berpotensi untuk memacu permintaan dan harga minyak sawit seterusnya meningkatkan pendapatan pekebun kecil sawit.

“Kementerian menerusi kerjasama dengan Petronas sedang meningkatkan daya saing melalui keupayaan penghasilan dan kebolehpasaran bahan api penerbangan lestari berasaskan minyak masak terpakai.

“Usaha ini adalah bagi mengukuhkan posisi Petronas sebagai peneraju pasaran domestik dan rantau Asia Tenggara,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan