32.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 15, 2024

Empat kenderaan hangus, bengkel kereta di Batu Caves terbakar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

EMPAT kenderaan hangus musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku di sebuah bengkel mengecat kereta di Batu Caves, Selayang, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.03 malam.

Katanya, bertindak atas panggilan itu sepasukan anggota dengan jentera pemadam dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dan Rawang dikerah ke Taman Sri Batu Caves.

“Setiba di lokasi, pihak bomba mendapati kebakaran melibatkan sebuah bengkel mengecat kereta Kelas A, 2 tingkat berkeluasan 20 X 60 kaki persegi terbakar di tingkat bawah.

“Kebakaran juga telah melibatkan empat buah kenderaan yang berada di dalam bengkel tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Advertisements

Tambah beliau, siasatan mendapati empat kereta jenis Mercedes Benz, dua kereta Mitsubishi, Proton Saga 95 peratus musnah dalam kejadian itu.

“Bagaimanapun kebakaran bengkel itu berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya pada jam 2 pagi tadi,” ujarnya.

Menurut Ahmad Mukhlis, insiden itu tidak membabitkan kehilangan nyawa.

“Punca kejadian masih dalam siasatan pihaknya,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pearly Tan-M. Thinaah juarai Terbuka Hong Kong

BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M.Thinaah menjuarai badminton Terbuka Hong Kong selepas menyingkirkan beregu China Liu Sheng Shu-Tan Ning...

Lagi Artikel Berkaitan