Monday, June 15, 2026

Sukan Asia: Dota 2 sumbang pingat gangsa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PASUKAN e-sukan negara menambah koleksi pingat apabila berjaya menyumbang gangsa dalam acara Dota 2 di Sukan Asia Hangzhou sebentar tadi.

Pasukan Dota 2 negara yang terdiri daripada Chan Kok Hong, Cheng Jin Xiang, Thiay Jun Wen, Tue Soon Chuan, Yap Jian Wei dan Ng Wei Poong menewaskan Kyrgyzstan 2-0 dalam perebutan pingat gangsa di China Hangzhou Esports Centre.

Ia sekali gus menjadi pingat gangsa ke-14 buat kontinjen negara setakat ini.

Ia merupakan pingat kedua untuk Malaysia dalam sukan e-sport di Hangzhou apabila sebelum ini tewas 0-2 kepada China dalam perlawanan akhir acara Arena of Valor untuk memenangi pingat perak. – Edisi 9

Related posts:

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan