30.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

MIE mahu lahirkan lebih ramai pendidik profesional

Mesti Baca

SEDAR akan ramainya pendidik di Malaysia yang kadang kala dipandang sepi, Anugerah Pendidik Paling Berpengaruh Malaysia 2023 (MIE) mengambil inisiatif memberi pengiktirafan kepada mereka.

Anugerah yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) itu telahpun mengiktiraf sebanyak 585 pendidik daripada pelbagai kategori sejak tahun 2022.

Pengerusi MIE, Tiffany Tan Tian Yee berkata, MIE ditubuhkan dengan tujuan memberi penghargaan terhadap individu yang cemerlang dalam bidang pendidikan malah ada yang telah mencapai kejayaan luar biasa.

Katanya, setiap penerima anugerah dinilai berdasarkan kepada kecekapan, kebijaksanaan, bakat serta memperlihatkan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang pendidikan masing-masing.

“Ini adalah MIE yang kali kelima diadakan dan untuk penerima anugerah 2022/2023, sebuah buku biografi bakal diterbitkan untuk semua pendidik yang dinominasi berjudul ‘Biografi Pendidik Berpengaruh Malaysia 2022/2023.

“Biografi ini akan dikeluarkan selewatnya akhir tahun ini. Menerusi biografi ini kita akan memperkenalkan kepada masyarakat barisan pendidik yang cemerlang dalam kategori masing-masing,” katanya pada majlis penyampaian MIE yang diadakan di sebuah hotel di Putrajaya, baru-baru ini.

TIFFANY TAN TIAN YEE

Hadir sama Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan Malaysia, Heizrul Ali dan Presiden Majlis Tindakan Pengguna Negara, Datuk Paduka Dr Kevy KY Yeo.

Dalam pada itu, Tan berkata, dengan adanya MIE diharap dapat melahirkan lebih ramai lagi pendidik profesional yang mampu memberi sumbagan kepada masyarakat.

Advertisements

“Tidak sekadar memberi ilmu kami yakin tugas mereka sebagai pendidik yang kaya dengan pengalaman mampu mendorong dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk merancang haluan kerjaya serta berkongsi cabaran sebenar dunia pekerjaan.

“Kami juga yakin pendidik atau mentor ini turut memainkan peranan yang penting sebagai panduan dalam membentuk laluan kerjaya pelajar,” katanya.

Tan berkata, diharapkan keprihatian guru tidak hanya terhenti pada pembangunan kerjaya sahaya tetapi membabitkan kesihatan mental, kepuasan kerjaya dan sokongan emosi pelajar.

“MIE bukan sekadar mengiktiraf pendidik berpengalaman, mereka yang baru menceburkan diri dalam dunia pendidikan juga berpeluang menjadi salah seorang penerima anugerah ini.

“Tiada had untuk pendidik dalam menerima anugerah ini, tidak kira baru atau sudah lama mereka layak selagi masih bergelar pendidik.

“MIE adalah platform untuk semua golongan pendidik mengetengahkan bakat dan sumbangan mereka kepada masyarakat.

“Semua pendidik termasuklah guru silat, kebudayaan, pusat bahasa dan sesiapa sahaja berkenaan dijemput untuk menyertai dan diiktiraf oleh MIE,” katanya lagi. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan