34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Wujudkan semula LPN, banteras kartel beras secara total

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN dicadang mewujudkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) bagi melaksanakan penguatkuasaan secara total bagi membanteras kartel beras di negara ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Mohamad Akmal Saleh berkata, kelemahan penguatkuasaan menyebabkan kartel-kartel berani memanipulasi keadaan dengan menukar status beras putih tempatan kepada beras hancur.

Katanya, disebabkan beras hancur boleh dijual dengan bukan harga kawalan, maka kartel-kartel beras telah menjual beras standard pada harga beras hancur.

“Inilah antara pengkhianat yang menekan rakyat di bawah ini. Kerajaan telah beri pelbagai subsidi untuk memastikan beras tempatan dijual dengan harga yang rendah tetapi mereka mengkhianati kita semua.

“Beras putih tempatan ada tetapi ia telah dikhianati oleh puak-puak ini dan akhirnya rakyat yang menderita. Penguatkuasaan yang ketat dan secara total perlu dilakukan, LPN perlu diwujudkan semula,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Terdahulu, Dr. Mohamad Akmal berkongsi gambar beras Super Special Tempatan (SST) dan beras hancur di Facebook peribadinya dan meminta orang ramai meneka.

Advertisements

Mengulas lanjut, beliau berkata, jika harga beras putih tempatan ditetapkan pada RM2.60 sekilogram tetapi kartel ini telah menjual dengan harga RM3.40 sekilogram apabila menukarkan bil jualan mengikut harga beras hancur.

Dalam pada itu, Dr. Mohamad Akmal turut mengingatkan pengilang di luar Melaka agar tidak melakukan taktik sama kerana beliau ada maklumat mengenai tindakan mereka.

Menurut beliau, ini merupakan permulaan kepada pendedahan kartel beras dan beliau akan mendedahkan lebih banyak lagi mengenai kegiatan mereka.

“Jangan ingat kilang di luar Melaka kita tidak ada maklumat. Nasib baik kilang ini di luar, jika dalam Melaka memang siap kena sita.

“Ini baru satu, ada banyak lagi pendedahan akan kita lakukan. Selagi mana ia adalah hak rakyat, selagi itu kita akan pertahankan dan lawan,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan