28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 23, 2025

60 barang alatan rumah ditemukan dalam perut lelaki

Mesti Baca

MASALAH sakit perut yang dialami seorang lelaki rupa-rupanya berpunca daripada tindakannya yang gemar menelan barang alatan di dalam rumah.

Ia terbongkar selepas pesakit itu, Kuldeep Singh, 35, pergi ke sebuah hospital di Punjab, India baru-baru ini.

The New York Post melaporkan Kuldeep sebelum itu dilaporkan pergi ke hospital berkenaan kerana mengalami masalah perut yang teruk dan demam panas.

Pakar perubatan melakukan imbasan X-ray di kawasan bermasalah, sebelum menemukan pelbagai objek.

Kuldeep dilaporkan memakan kira-kira 60 barangan termasuk loket, rantai, kacang, bolt, fon telinga, pin keselamatan, magnet, butang baju, zip dan banyak lagi objek yang tidak boleh dimakan.

Pengarah Hospital Moga Medicity di Moga, Punjab, Ajmer Singh Kalra berkata, Kuldeep mengalami pica iaitu keadaan kesihatan mental yang mengakibatkan penghidap terpaksa menelan barang yang bukan makanan.

Penyakit itu lazimnya terjadi dalam kalangan kanak-kanak, wanita hamil dan mereka yang mengalami gangguan psikiatri, termasuk terutamanya gangguan spektrum autisme, ketidakupayaan intelektual atau skizofrenia.

Advertisements

Menurut Jam Press, saudara-mara pesakit tidak menyedari masalah itu.

Kalra berkata, memakan objek yang tidak boleh dihadam boleh membahayakan kesihatan seseorang, seperti yang berlaku kepada Kuldeep.

“Memandangkan dia sudah makan objek tajam, terdapat luka parah di perutnya,” katanya.

Kuldeep kemudiannya menjalani pembedahan tiga jam yang diketuai oleh pakar bedah Anup Handa dan pakar gastroenterologi, Dr Vishavnoor Kalra.

Menurut Kalra, walaupun prosedur itu berjaya, pesakit masih belum keluar daripada penderitaannya.

“Dia masih menggunakan ventilator (alat bantuan pernafasan) dan dalam keadaan kritikal,” kata Kalra. -Agensi

Advertisements

Terkini

Hasil Aneka Jaringan rekod peningkatan 35.19 peratus

ANEKA Jaringan Holdings Berhad (Aneka Jaringan), pakar pembinaan bawah tanah dan asas, dengan mengumumkan peningkatan hasil sebanyak 35.19 peratus...

Lagi Artikel Berkaitan