27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Isu beras: PM setuju 4 langkah interversi tambahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan empat langkah interversi tambahan termasuk menyerap harga beras putih import (BPI) bagi menangani kekurangan bekalan beras putih tempatan (BPT) dalam pasaran.

Langkah intervensi itu dipersetujui dalam pertemuan yang diadakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu bersama Perdana Menteri pagi tadi.

Mohamad berkata, kerajaan juga akan menumpukan pemerkasaan edaran BPT menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

“Sehubungan dengan itu, kerajaan akan mengarahkan FAMA untuk meningkatkan kapasiti pengedaran beras putih tempatan ke kawasan luar bandar termasuk ke kedai-kedai runcit,” katanya dalam sidang media khas di Putrajaya hari ini.

Mohamad berkata, tiga lagi intervensi itu adalah kerajaan memutuskan pemberian subsidi sebanyak RM950 setiap tan metrik bagi beras putih import (BPI) mulai 5 Oktober bagi pasaran di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, langkah itu membolehkan BPI diperoleh dengan harga runcit sebanyak RM31 bagi setiap 10 kilogram (kg) bagi kedua-dua negeri tersebut.

“Tindakan itu diambil kerana pengeluaran beras putih tempatan di kedua-dua negeri itu adalah terhad,” katanya.

Mohamad berkata, perolehan baharu beras di bawah kontrak kerajaan juga akan menggunakan BPI.

Ini bermaksud, katanya, semua pembekal akan menggunakan BPI dengan mendapatkan bekalan pada harga borong RM3,200 (harga pintu gudang) dalam kampit 50 kg.

Advertisements

Bagaimanapun, jelas beliau, ia tertakluk kepada syarat dan peraturan yang telah ditetapkan dengan keutamaan diberikan untuk pembekalan BPT bagi keperluan rakyat.

“Dalam pada itu, Pasukan Petugas Khas Bersepadu Penguatkuasaan Operasi BPT (Op BPT) akan dilancarkan yang melibatkan Kawalselia Padi dan Beras (KPB), Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

Beliau berkata, Op BPT ini akan memberi fokus kepada pemeriksaan dan penguatkuasaan di kesemua peringkat rantaian pembekalan BPT.

Justeru beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat pembelian panik sebaliknya membeli seperti biasa dan mengikut keperluan.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, fenomena kenaikan harga beras ini bukan hanya berlaku di Malaysia malah turut melibatkan negara serantau.

Menurutnya, sebanyak 19 negara mengambil ketetapan untuk membataskan eksport ke negara luar untuk memberi keutamaan kepada rakyat sendiri.

“Sebagai contoh negara India telah mengenakan sekatan eksport beras mulai Julai lalu dan telah memberi kesan kepada kenaikan harga beras putih global,”katanya.

Semasa ditanya mengenai perkembangan perbincangan antara kerajaan dengan kerajaan India melibatkan Kementerian Pertanian dan Kebajikan Petani negara itu, beliau berkata segala permintaan Malaysia akan dijawab pada minggu ini.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah menghubungi Perdana Menteri India Narendra Modi… hubungan kita dengan India amat baik sekali. Insya-Allah kita akan dapat keputusan yang baik pada minggu ini,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan