32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Sukan Asia: Qabil akhiri penantian pingat emas

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ATLET equestrian negara, Mohd. Qabil Ambak Mahamad Fathil menamatkan penantian pingat emas di Sukan Asia apabila mengungguli acara dressage individu Pusat Ekuestrian Tonglu, Zhejiang, China hari ini.

Impian Mohd. Qabil hanya tercapai selepas lima penampilan di Sukan Asia di mana sebelum ini atlet berusia 43 tahun itu hanya memenangi tiga perak dan empat gangsa.

Kejayaan beliau juga dibantu oleh kembalinya kuda, Rosenstolz bersamanya apabila Mohd. Qabil mengumpul keseluruhan 75.780 mata untuk meraih emas pertamanya.

Lebih manis lagi, Mohd. Qabil turut menewaskan juara bertahan, Jacqueline Siu dari Hong Kong yang meraih perak selepas mengutip 73.450 mata sementara gangsa milik atlet India, Anush Agarwalla dengan 73.030 mata.

Advertisements

Untuk rekod, Mohd. Qabil meraih perak pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia selepas mengumpul dua gangsa masing-masing pada edisi 2010 di Guangzhou, China dan edisi 2006 di Doha, Qatar dalam acara sama.

Sementara itu, kontinjen negara menambah satu lagi pingat gangsa menerusi pelumba basikal trek, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dalam acara pecut individu.

Adiknya, Muhammad Ridwan Sharom pula yang kali pertama beraksi di pentas Sukan Asia menamatkan saingan di tempat ketujuh keseluruhan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua lelaki cuba ceroboh Istana Negara melalui Pintu 3 ditahan

DUA lelaki warga tempatan ditahan selepas cuba menceroboh Istana Negara, Kuala Lumpur dengan alasan untuk berjumpa Yang di-Pertuan Agong,...

Lagi Artikel Berkaitan