28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Caj QR DuitNow: BNM, MOF digesa campur tangan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BANK Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan (MOF) digesa supaya campur tangan dalam isu caj atau yuran transaksi QR DuitNow.

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman berkata, tindakan mengenakan caj adalah satu langkah ke belakang kerana di negara luar kebanyakan urus niaga dijalankan secara tanpa tunai secara meluas.

Katanya, mengenakan yuran transaksi juga akan memberikan kesan kepada peniaga-peniaga kecil dan juga kelompok peniaga yang baru sahaja kembali berniaga akibat pandemik COVID-19.

“la juga memberikan kesan kepada inisiatif kerajaan seperti pemberian bantuan e-wallet serta inisiatif lain yang dilakukan kerajaan untuk menggalakkan penggunaan transaksi tanpa tunai terutamanya di kaunter-kaunter kerajaan.

Advertisements

“Oleh itu, pada hemat saya, pihak bank boleh menyerap bayaran yuran transaksi ini, seperti mana yang telah dilakukan selama ini.

L”Tiada masalah yang timbul bahkan pihak bank setiap tahun melaporkan keuntungan berlipat kali ganda walaupun menanggung kos perkhidmatan ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mengesahkan bahawa vendor yang menerima pembayaran menerusi platform kod QR DuitNow akan dikenakan caj mulai 1 November ini.

PayNet menerusi kenyataan berkata, terdapat dua e-pembayaran berbeza dikenakan caj iaitu kadar diskaun peniaga (MDR) dan fi 50 sen bagi transaksi melebihi RM5,000. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan