26.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 2, 2023

Tiga bank tangguh caj transaksi QR DuitNow

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK tiga bank mengumumkan telah menangguh pelaksanaan caj transaksi QR DuitNow yang dijadualkan bermula 1 November ini.

CIMB Bank menerusi kenyataan memaklumkan, pelaksanaan caj bagi setiap transaksi ditangguhkan untuk tempoh dua bulan sehingga 31 Disember ini.

“Kami memaklumkan bahawa CIMB Static QR – 0 peratus kadar promosi akan kekal dan sah sehingga 31 Disember 2023,” katanya.

Dua lagi bank, Maybank dan Public Bank pula mengumumkan akan menangguhkan pelaksanaan caj sehingga pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Pengendali platform itu, Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet) dalam satu kenyataan semalam mengesahkan vendor yang menerima pembayaran menerusi platform kod QR DuitNow akan dikenakan caj mulai 1 November ini.

Dalam satu kenyataan, PayNet berkata, terdapat dua e-pembayaran berbeza dikenakan caj, iaitu kadar diskaun peniaga (MDR) dan fi 50 sen bagi transaksi melebihi RM5,000.

Pengumuman tersebut mendapat reaksi negatif pelbagai pihak yang melihat itu merupakan langkah ke belakang dalam melaksanakan transaksi tanpa tunai di negara ini.

Sementara itu, Presiden MCA berkata, pengumuman daripada ketiga-tiga bank tersebut diibaratkan kemenangan kepada rakyat.

“Kita tunggu dan lihat sekiranya bank-bank lain akan tangguh juga.

“Tetapi ‘kemenangan muktamad’ kita ialah apabila PayNet yang merupakan pemilik dan pengendali DuitNow QR akan umum mereka akan mansuhkan sepenuhnya keperluan untuk caj perkhidmatan yang dikutip dari peniaga.

“Ini bergantung kepada Bank Negara Malaysia yang merupakan pemilik saham terbesar dalam syarikat PayNet,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Siapa pilihan hati pengundi Kemaman esok?

TIRAI kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman akan melabuhkan tirainya tepat jam 12 tengah malam ini. Esok bakal menentukan siapa...

Lagi Artikel Berkaitan