26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Piala Dunia 2030 akan dianjurkan di tiga benua

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PIALA Dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2030 bakal mencipta sejarah tersendiri apabila akan dianjurkan di tiga benua berbeza iaitu di Eropah, Amerika Latin dan Afrika sempena sambutannya ke-100.

Yang uniknya, enam negara dipilih bagi menganjurkan kejohanan berprestij tersebut dengan tiga negara, Maghribi, Sepanyol dan Portugal dipilih sebagai tuan rumah.

Sementara itu, tiga lagi negara Amerika Selatan seperti Uruguay, Argentina dan Paraguay akan menganjurkan tiga perlawanan pertama.

Ketiga-tiga negara akan menjadi tuan rumah untuk satu perlawanan yang mana perlawanan pembukaan akan diadakan di Montevideo, Uruguay yang sebelum ini pernah menganjurkan final Piala Dunia 1930 di Stadium Centenario.

Untuk itu, FIFA berkata, keenam-enam negara berkenaan layak secara automatik ke kejohanan yang akan melibatkan 48 pasukan.

Advertisements

“Ulang tahun ke-100 Piala Dunia sangat hampir dengan Amerika Selatan, dimana segalanya bermula,” kata Presiden badan bola sepak Amerika Selatan CONMEBOL, Alejandro Dominguez.

Konsensus yang dicapai antara badan bola sepak benua tersebut menyaksikan FIFA membuka peluang bidaan bagi penganjuran Piala Dunia 2034.

Namun, hanya negara ahli dari Asia dan Oceania sahaja yang layak untuk membina hak penganjuran.

Arab Saudi dilaporkan berminat menyertai bidaan sementara Australia dan New Zealand juga menyatakan hasrat yang sama. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan