27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

UCL: Newcastle cipta kejutan tundukkan PSG 4-1

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TIADA siapa yang berada di St. James Park awal pagi tadi akan melupakan apa yang mereka saksikan bagaimana persembahan menakjubkan dipamerkan Newcastle United untuk menewaskan Paris Saint-Germain (PSG), 4-1.

Gol-gol daripada Miguel Almiron, Dan Burn, Sean Longstaff dan Fabian Schar sudah cukup untuk membantu Magpies merekodkan persembahan terbaik mereka di Liga Juara Juara Eropah (UCL) di bawah bimbingan Eddie Howe.

Almiron memulakan malam gemilang Newcastle apabila merembat masuk bola tepisan Gianluigi Donnarumma yang sebelum itu menepis percubaan Alexander Isak.

Anak buah Howe terus cemerlang di babak pertama apabila pemain pertahanan, Dan Burn menanduk masuk hantaran silang Bruno Guimaraes pada minit ke-39.

Advertisements

Namun, jaringan tersebut terpaksa menunggu pengesahahan daripada video bantuan pengadil (VAR) kerana didakwa salah seorang pemain Magpies berada dalam keadaan ofsaid.

Babak kedua menyaksikan tuan rumah terus gawang apabila meledak gol ketiga menerusi Longstaff yang merembat leret melepasi kawalan Donnarumma.

PSG bagaimanapun kembali merapatkan jurang menerusi tandukan Lucas Hernandez pada minit ke-56 namun Fabian Schar mengesahkan kemenangan Newcastle menerusi rembatan padu dari luar kawasan penalti untuk menjadikan kedudukan 4-1.

Kemenangan tersebut meletakkan Newcastle di tangga teratas Kumpulan F dengan empat mata, diikuti PSG (tiga), AC Milan dan Dortmund masing-masing satu mata. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan