27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

PDRM tidak kompromi pegawai terbabit rasuah, salah guna kuasa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai terbabit dengan salah guna kuasa, rasuah serta tatakelola yang salah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, integriti memainkan peranan besar bagi meningkatkan imej PDRM dan paling penting ialah mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada pasukan itu.

“Malah apa yang paling penting memperbaiki kelemahan yang berlaku dalam PDRM berbanding bercerita keburukan itu di luar pasukan.

“Jadi, lebih bagus perkara sebegini kita ambil tindakan dalaman (supaya) tak perlu cerita keburukan ‘anak’ kita yang ada kudis (kerana) orang cerita bukan ada kudis tetapi ada kusta sehingga orang tak mahu berkawan dengan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Marin ke 76 di Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Batu Uban Georgetown hari ini.

Advertisements

Hadir sama ialah Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan terdapat pegawai bawahan bersekongkol dengan sindiket jenayah untuk hidup mewah.

“Memang ada berlaku, saya percaya tetapi mungkin isteri dia sarjan kadet diploma berkahwin dengan pegawai tinggi. Jadi kita benarkan dia pakai Vellfire.

“JIPS (Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard) pun dalam pemeriksaan dan semakan pegawai bagi diisi pengisytiharan harta. Sesiapa hidup mewah kita akan siasat,”katanya.

Tambah beliau, kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain yang memberi amaran kepada pegawai dan anggota hidup mewah kerana bersubahat dengan sindiket jenayah adalah berpaksikan kepada fokus beliau dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan