27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Pas tidak fail rayuan keputusan petisyen Parlimen Kemaman

Mesti Baca

PAS memutuskan tidak akan memfailkan sebarang rayuan terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu pada 26 September lalu yang membatalkan kemenangan parti di Parlimen Kemaman.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ini berikutan keputusan mahkamah tersebut telah membenarkan petisyen dibuat Barisan Nasional (BN) terhadap Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid

“Sehubungan dengan itu Pas menunggu dan bersiap sedia untuk mengambil langkah selanjutnya berdasarkan ketetapan yang akan dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan daripada keputusan tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Pada 26 September lalu, Mahkamah Petisyen Pilihan Raya Kuala Terengganu membuat keputusan kemenangan Che Alias bagi Parlimen Kemaman dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu tidak sah dan terbatal.

Hakim Datuk Anselm Charles Fernandis yang membuat keputusan itu setelah membenarkan petisyen pilihan raya dibuat oleh Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil daripada BN.

Advertisements

Keputusan dibuat Charles Fernandis yang juga merupakan Hakim Mahkamah Tinggi Melaka selepas pihak pempestiyen berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen PRU15.

Mahkamah turut memerintahkan pihak responden membayar kos sebanyak RM30,000 kepada pihak pempestiyen.

Pempestisyen diwakili, Datuk Mohd. Hafarizam Harun, Amin Othma dan Norhazira Abu Hayan manakala Che Alias pula diwakili Wan Rohimi Wan Daud dan Saifuddin Othman.

Dalam PRU-15 lalu, Che Alias yang juga penyandang kerusi tersebut menang dengan majoriti 27,179 undi dalam pertandingan empat penjuru.

Beliau mengalahkan Datuk Seri Ahmad Said dari BN, Hasuni Sudin (Pakatan Harapan) dan Rosli Ab Ghani daripada Pejuang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan