32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

SuriaVolusi bakal gegar KB Mall, Kelantan

Mesti Baca

TERUS rancak merencanakan pelbagai aktiviti buat peminat setia mereka, Suria FM bakal menjelajah ke Kelantan sempena konsert SuriaVolusi.

Selain di KB Mall Kota Bharu, Kelantan yang akan berlangsung pada 28 Oktober ini, SuriaVolusi yang turut mendapat kerjasama daripada AC Gas, bakal diadakan di The Curve, Petaling Jaya pada 21 Oktober ini.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin) berkata, SuriaVolusi adalah sebuah konsert hasil gabungan kerjasama Suria FM bersama AC Gas dan pertama kali menjelajah Kelantan.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin)

“Ini adalah pertama kali Suria FM turun ke Kelantan bertemu peminat dan pendengar setia di sana.

“Kami sangat teruja kerana sebelum ini konsert jelajah Suria di Pantai Timur hanya diadakan di Kuantan, Pahang.

“Tidak dinafikan banyak kekangan untuk melaksanakan jelajah ke sana dan kami berterima kasih kepada AC Gas yang banyak memberikan kerjasama dalam penganjuran konsert kali ini.

Advertisements

“Malah aktiviti yang dijalankan sedikit berbeza daripada tempat lain demi mematuhi peraturan yang sudah ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI),” katanya pada sidang media pelancaran konsert berkenaan, semalam.

Selain berhibur bersama barisan penyampai dan artis popular tanah air, banyak aktiviti dan hadiah yang boleh dimenangi menerusi pelbagai aktiviti pentas yang akan bermula seawal jam 12 tengahari hingga 6 petang.

Pelbagai barangan Suria boleh didapatkan di booth Kedai Suria sepanjang acara berlangsung.

Antara artis yang dijangka membuat persembahan ialah Azlan and The Typewriter, Khai Bahar, Adira, Aris Ariwatan, Baby Shima, Floor 88, Kristal X, Aju Success, Halim Yazid & Dikir Barat.

Tidak ketinggalan Renggo Arrow, Alyssa Dezek, Xone, Chaca Tisha, Aidilia Hilda, Killa Driz, Siqma X Razzuan, Shafiq Abdillah, Asraf Nasir dan ramai lagi di atas satu pentas.

Pengunjung boleh beramah mesra bersama barisan penyampai Suria FM seperti Ajak, Shuib, Suraya, Cik Piah, Rara, Tyzo dan DJ Lin. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan