30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

MyAirline umum gantung operasi berkuat kuasa hari ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MYAIRLINE Sdn. Bhd. mengumumkan penggantungan operasi berkuat kuasa hari ini susulan tekanan kewangan yang dihadapi syarikat penerbangan tambang murah tersebut.

Ahli Lembaga Pengarah MyAirline menerusi kenyataan berkata, penggantungan operasi itu ‘sangat menyakitkan’ namun terpaksa dilakukan bagi penstrukturan semula pemegang saham dan penjanaan semula modal syarikat.

“Kami kesal dan memohon maaf kerana terpaksa membuat keputusan ini kerana kami faham ia akan memberi kesan terhadap penumpang setia kami, pekerja yang berdedikasi dan juga rakan kongsi.

“Kami bekerja keras untuk meneroka pelbagai pilihan perkongsian dan penjanaan modal untuk mengelakkan penggantungan ini. Malangnya, kekangan masa menyebabkan kami tiada pilihan selain mengambil keputusan ini,” katanya hari ini.

Advertisements

Sementara itu, MyAirline menasihatkan penumpang yang terjejas dengan penggantungan operasi syarikat supaya mencari alternatif lain untuk ke destinasi yang ditujui.

“Ahli Lembaga Pengarah, pemegang saham dan semua warga MyAirline akan bekerja tanpa jemu bagi menyambung semula operasi secepat mungkin.

“Namun di peringkat ini, kami tidak mampu komited pada garis masa. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbil dan akan memaklumkan sebarang maklumat terkini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan