26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

MSNR lonjak Malaysia sebagai peneraju pengeluar getah asli

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMBANGUNAN Kemampanan Getah Asli Malaysia (MSNR) melonjakkan Malaysia sebagai peneraju dalam penghasilan getah asli dan produk getah mampan dunia.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) berkata, projek rintis pematuhan MSNR telah bermula semalam di beberapa negeri terpilih dengan penyertaan pekebun kecil, peniaga getah, dan kilang pemprosesan.

“MSNR merupakan pengiktirafan kemampanan melalui kaedah kawal selia yang dikuatkuasakan melalui Akta dan Peraturan yang wajib dipatuhi semua
pemegang lesen dan permit LGM.

“Pelaksanaan projek rintis ini amat penting bagi menilai impak dan risiko pematuhan serta analisis jurang terhadap keberkesanan MSNR,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Lima prinsip MSNR ialah tiada penyahhutanan untuk penanaman getah, tiada penerokaan tanah secara haram, kemampanan alam sekitar, pematuhan sosial dan keboleh kesanan rantaian bekalan.

Advertisements

LGM komited untuk memastikan industri getah Malaysia dapat memenuhi keperluan antarabangsa terhadap kemampanan industri selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2030 (SDG2030).

Oleh itu, Malaysia akan terus meningkatkan kerjasama dengan negara-negara pengeluar utama getah di bawah platform International Tripartite Rubber Council (IRC) dan The Association of Natural Rubber Producing Countries (ANRPC).

Katanya, ia bagi memastikan kedua-dua elemen kos pengeluaran dan kemampanan diambil kira dalam perdagangan getah.

“Ini berikutan situasi harga getah global yang berada pada tahap rendah dan menjejaskan pendapatan pekebun kecil getah,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan