25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Raja Idris ganti Ahmad Nazlan sebagai Pengerusi LGM

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi mengumumkan pelantikan beks Pengerusi Kumpulan Perangsang, Datuk Raja Idris Raja Kamaruddin sebagai Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM) berkuatkuasa mulai 15 April lalu.

Dalam kenyataan hari ini, Menterinya  Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali  berkata, pelantikan itu dilakukan selepas perkhidmatan Datuk Ahmad Nazlan Idris yang juga Ahli Parlimen Jerantut ditamatkan pada 14 April lalu. 

“Sebagai tokoh korporat, antara mandat utama yang diamanahkan kepada Raja Idris ialah menyusun kembali hala tuju hartanah yang dimiliki oleh LGM,” katanya.

Selain itu kata beliau, Raja Idris juga akan bertanggungjawab menyelesaikan isu berbangkit melibatkan lima fasiliti di Sungai Buloh yang masih tergendala sejak beberapa tahun lepas dan pelan strategik baharu LGM serta LGM Properties Corporation (LGMPC) sebagai anak syarikat yang menguruskan hartanah termasuk ladang-ladang milik LGM.

Khairuddin berkata, selaku tokoh korporat yang pernah mengetuai Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan TDM Berhad, anak syarikat kerajaan negeri Terengganu, beliau berharap pelantikan Raja Idris bakal membawa LGM ke mercu tanda pengurusan yang lebih baik dan profesional, berintegriti serta telus berasaskan konsep tadbir urus Rabbani yang ditekankan kepada semua pengurusan tertinggi KPPK serta agensi di bawahnya.

Khairuddin turut memaklumkan Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi) kementerian tersebut, Mad Zaidi Mohd Karli dilantik sebagai Pengerusi Interim Lembaga Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk terus mengelola lembaga itu.

Beliau berkata, perubahan di MPOB itu berikutan kenyataan Ahmad Nazlan yang menolak pelantikan sebagai Pengerusi MPOB menggantikan Datuk Ahmad Jazlan Yaakob yang meletak jawatan. 

Sehubungan itu, Khairuddin berkata calon baharu bagi jawatan tersebut akan ditentukan semula oleh beliau. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan