25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

11 sahabat didakwa edar dadah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 11 sahabat terdiri daripada lapan lelaki dan tiga wanita didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru, atas tiga pertuduhan mengedar dadah seberat lebih 19 kilogram (kg) di Skudai, di sini bulan lalu.

Tertuduh terdiri daripada Yek Zhu Jie, 19; How Jia Lerk, 22; Eva Chua Min, 19; Kenny Loo Yee Han, 24; Tan Chee Seng, 21; Chong Chew Nam, 32; Ooi Zhi Wei, 27; Goh Yoong Cheng, 30, dan Phang Jing Yi, 22, manakala dua lagi remaja berusia 17 tahun.

Masing-masing hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret A Shaarmini.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan bagi kesemua tertuduh, memetik laporan Astro AWANI

Mengikut pertuduhan pertama, kedua dan ketiga, mereka didakwa secara bersama mengedar dadah jenis Methyleneddioxymethamphetamine (MDMA) dengan anggaran berat kasar 18.8kg, ketamin (558 gram) dan nimetazepam (52 gram).

Advertisements

Perbuatan itu dilakukan secara bersama-sama pada jam 2 pagi di sebuah rumah Jalan Bukit Skudai 6, Taman Bukit Skudai, 23 September lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39(B)(2) akta sama yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan minimum 15 sebatan.

Kes dikendalikan oleh Shamira Mohd Luthfi Ismail manakala hanya tiga tertuduh sahaja diwakili peguam bela.

Muhammad Mohd Nasir mewakili Chew Nam manakala Datin Freda Sabapathy mewakili Chua Min dan Chew Pong Him mewakili Jia Lerk.

Mahkamah memutuskan semua tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin, manakala 2 November ini ditetapkan sebagai tarikh sebulan semula kes bagi serahan laporan kimia.

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan