25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

JIM Melaka tahan 23 warga asing dalam Op Bersepadu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Imigresen Malaysia Negeri Melaka telah menahan seramai 23 orang warga asing dalam Op Bersepadu Bersama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bertempat di sekitar Terminal Bas Melaka Central semalam.

Pengarahnya, Anirwan Fauzi Mohd Aini berkata, kesemua yang ditahan berumur antara 20 hingga 40 tahun.

Menurutnya, dalam operasi tersebut, pemeriksaan menyeluruh telah dijalankan di lot-lot kedai yang terdapat di dalam kawasan permis perniagaan dan kawasan persekitaran Melaka Central.

“Semasa pemeriksaan terdapat warga asing yang cuba melarikan diri, namun dapat ditangkap oleh anggota operasi.

“Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku
semasa serbuan dan pemeriksaan dijalankan.

“Seramai 199 orang warganegara asing telah diperiksa yang terdiri daripada 102 orang warganegara Myanmar, 68 orang warganegara Bangladesh, sembilan orang warganegara Indonesia, 17 orang warganegara Nepal dan tiga orang warganegara Pakistan.

Advertisements

“Antara yang diperiksa adalah yang bekerja di lot-lot kedai di dalam premis tersebut dan ada juga antaranya yang sedang membeli belah dan berjalan-jalan untuk menghabiskan waktu bercuti hujung minggu,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, seramai 115 orang warga asing telah dibebaskan di tempat kejadian kerana telah mengemukakan dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah dan teratur.

“Sementara, seramai 81 orang warga asing telah dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Negeri Melaka untuk pemeriksaan lanjut.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 58 orang telah dibebaskan kerana telah berjaya mengemukakan bukti dan dokumen yang sah untuk berada di Malaysia.

“Sementara 23 orang lagi warga asing yang terdiri daripada 16 orang lelaki dewasa warganegara Myanmar dan tujuh orang lelaki dewasa warganegara Bangladesh telah ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Sek 6(1) (c ) Akta Imigresen 1963 dan Sek. 15(4) Akta yang sama,”katanya.

Op berkenaan yang bermula pada jam lebih kurang 2.30 petang hingga 5 petang telah melibatkan kekuatan seramai 23 anggota dari Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Melaka, 21 anggota Penguatkuasa MBMB dan lima anggota dari Polis Diraja Malaysia (PDRM). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan