27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Jerebu: KPM minta nasihat KKM keperluan tutup sekolah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) akan meminta nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) sekiranya terdapat keperluan untuk menutup sekolah di sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terus meningkat.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, keputusan akhir bergantung kepada saranan KKM berhubung keadaan jerebu yang melanda di beberapa kawasan khususnya di Lembah Klang.

“Kita akan bergantung kepada nasihat KKM dari masa ke masa berkenaan cadangan untuk menutup (sekolah) atau pakai pelitup muka dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023 di Kuantan, Pahang hari ini.

Setakat pukul 2 petang tadi, sebanyak 13 kawasan merekodkan bacaan IPU tidak sihat dengan bacaan di Cheras merekodkan bacaan tertinggi pada 164.

Advertisements

Daripada jumlah tersebut, Lembah Klang merekodkan bacaan tidak sihat di lapan kawasan diikuti Negeri Sembilan (tiga) dan masing-masing satu di Melaka dan Perak.

Fadhlina dalam pada itu meminta pengurusan sekolah supaya mematuhi garis panduan yang disediakan susulan keadaan jerebu yang melanda di beberapa kawasan di negara ini.

“Kita memang sudah ada garis panduan dan kekal dengannya.

“Malah kita sering tegaskan garis panduan ini terpakai untuk semua dan mesti dipatuhi untuk elak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya,” – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kumpulan Richiamo umum penstukturan jawatan baharu

KUMPULAN Richiamo Sdn Bhd mengumumkan penstrukturan syarikat dengan melibatkan pertukaran dan pelantikan baru bagi mengetuai anak-anak syarikat yang ditubuhkan...

Lagi Artikel Berkaitan