26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Jerebu: Pihak sekolah perlu patuhi garis panduan

Mesti Baca

PIHAK sekolah diminta mematuhi garis panduan yang disediakan berikutan beberapa kawasan di negara ini telah dilanda jerebu.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, garis panduan itu antara lain menetapkan tiada aktiviti luar boleh dilaksanakan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.

“Kita memang dah ada garis panduan dan kekal dengan ia… malah kita sering tegaskan garis panduan ini terpakai untuk semua dan mesti dipatuhi untuk elak sebarang kejadian tidak diingini,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023 hari ini.

Jumlah kawasan merekodkan bacaan Indeks IPU kategori tidak sihat pagi tadi meningkat kepada 16, merangkumi sembilan negeri dengan Cheras di ibu negara merekodkan IPU tertinggi dengan bacaan 164.

Advertisements

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan juga akan mendapatkan nasihat dan cadangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sama ada sekolah perlu ditutup.

“Kita akan bergantung kepada nasihat KKM dari masa ke masa berkenaan cadangan untuk menutup (sekolah) atau pakai pelitup muka dan sebagainya,”katanya.

Semasa ditanya mengenai isu kekurangan guru, beliau berkata, ia bersifat sementara dan pihaknya sentiasa melaksanakan unjuran bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk memastikan masalah itu dapat ditangani.

“Isu kekurangan guru adalah sementara dan kita baru selesai temu duga untuk pengambilan one-off selain sedang dalam proses pengambilan secara contract of service (COS) (kontrak perkhidmatan),”jelasnya.

Media sebelum ini melaporkan, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mendakwa sekolah di seluruh negara mengalami kekurangan lebih 20,000 guru dan perlu diselesaikan segera. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan