30.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Harga ayam, telur diapungkan lebih rendah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan mengapungkan harga ayam dan telur di pasaran berdasarkan harga yang lebih rendah daripada harga apungan di pasaran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejak Februari tahun lalu, kerajaan menanggung 3.8 bilion ringgit untuk subsidi telur dan ayam.

Katanya, tujuan asal subsidi sementara ini adalah untuk mengawal harga ayam dan telur yang meningkat mendadak serta menangani kekurangan bekalan.

“Alhamdulillah, tren semasa menunjukkan bekalan ayam dan telur
telah mula stabil dan harga pasaran semasa kini berada di bawah harga
siling kawalan.

Advertisements

“Maka dengan itu, kawalan harga sementara yang ditetapkan akan dilepaskan supaya pasaran tempatan boleh berfungsi semula dengan bebas dalam memastikan keterjaminan bekalan ayam dan telur di pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, semalam.

Perdana Menteri berkata, perincian langkah itu akan diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam tempoh dua minggu lagi, selepas berunding dengan pihak pengeluar.

“Pengumuman terkait langkah-langkah konkrit lanjutan akan dibuat
oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam masa dua,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan