25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Rasionalisasi subsidi diesel elak penyeludupan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN berhasrat untuk merasionalisasikan subsidi diesel secara berfasa bagi mengelakkan ketirisan dan mengekang aktiviti penyeludupan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan menanggung
1 ringgit 60 sen bagi setiap liter diesel atau sekitar 1.5 bilion ringgit
keseluruhannya.

Harga
diesel bersubsidi semasa ditetapkan pada 2 ringgit 15 sen berbanding harga
pasaran 3 ringgit 75 sen seliter. Ini bermakna, Kerajaan menanggung
RM1.60 sen bagi setiap liter diesel atau sekitar RM1.5 bilion keseluruhannya.

Katanya, menurut data penggunaan, jualan diesel bersubsidi meningkat sehingga 40 peratus sejak 2019 sedangkan jumlah kenderaan menggunakan diesel hanya meningkat kurang 3 peratus.

Advertisements

“Ini bermakna, wujud kemungkinan aktiviti penyeludupan yang serius
akibat harga diesel di Malaysia yang terlalu murah,” katanya ketika membentang Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, semalam.

Secara konsepnya kata Perdana Menteri, harga diesel bersubsidi akan terus dinikmati oleh pengguna terpilih seperti syarikat pengangkutan barangan.

“Sementara pengguna lain akan dikenakan harga yang lebih tinggi. Dengan pendekatan tersebut, ianya dapat mengurangkan ketirisan subsidi.

“Tetapi pada masa yang sama, mengurangkan impak kepada harga barangan untuk rakyat,” ujar beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan