30.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Belanjawan 2024: Diskaun bayaran balik PTPTN

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula hari ini sehingga 31 Mac depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, diskaun sebanyak 10 peratus akan diberikan ke atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.

“Diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus
daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

“Sementara itu, diskaun 15 peratus turut diberikan untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, semalam.

Advertisements

Beliau berkata, kerajaan turut akan mengehadkan yuran bagi tujuan pendaftaran masuk ke universiti awam (UA) agar tidak melebihi RM1,500.

Katanya, ia supaya selari dengan nilai pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) oleh PTPTN berjumlah RM1,500 kepada semua bakal pelajar baharu yang layak.

“Memudah cara dan membantu mahasiswa serta bakal pelajar yang mempunyai masalah pembayaran yuran.

“Pelajar sedia ada yang tidak mampu membayar yuran pengajian tidak akan disekat bagi mendaftar subjek pada semester berikutnya,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan