32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

China bebaskan wartawan Australia selepas 3 tahun ditahan

Mesti Baca

SELEPAS lebih tiga tahun berada dalam tahanan China, wartawan Australia, Cheng Lei akhirnya akan kembali ke Melbourne sejurus dibebaskan.

Perdana Menteri, Anthony Albanese, mengumumkan warga Australia menunggu kepulangan Cheng Lei dan mahu melihat dia bertemu semula keluarganya, selain menegaskan wartawan itu ‘gembira’ dapat pulang ke tanah air.

Katanya, dia dibebaskan selepas ‘selesai menjalani proses undang-undang di China’, selain menyifatkan pembebasan itu akan memudahkan lawatan beliau ke republik berkenaan, tahun ini.

Bekas wartawan penyiaran CGTN milik China itu ditahan sejak Ogos 2020 tetapi hanya ditangkap secara rasmi pada Februari 2021.

Dia didakwa bagi tuduhan ‘menyalurkan rahsia negara ke luar’, namun tiada butiran lanjut diberikan dan perbicaraan kes dijalankan secara tertutup, selain Duta Australia ke China dihalang memasuki mahkamah untuk memerhatikan prosiding.

Advertisements

Menerusi nota ditulis dari penjara yang diutus kepada pegawai Australia, Ogos lalu, Cheng menjelaskan premis terbabit berada dalam keadaan suram.

Nota dikenali sebagai ‘surat cinta’ kepada Australia itu turut menjelaskan: “Cheng merindui sinaran matahari. Saya hanya berpeluang melihat sinaran matahari selama 10 jam dalam setahun melalui ruang tingkap di dalam sel.”

Kes berkenaan mewujudkan pergeseran serius antara Canberra-Beijing, menyebabkan hubungan kedua-dua negara tegang selepas kerajaan Australia mengenakan sekatan terhadap Huawei dari kontrak menguntungkan dan menolak kempen pengaruh China di Australia.

China juga berang susulan gesaan Canberra menyiasat punca wabak Covid-19 yang mengorbankan jutaan nyawa, selain menyebabkan ekonomi dunia dalam keadaan krisis, sejak beberapa tahun.

China dalam tindakan balasnya mengenakan sekatan de facto terhadap produk Australia, tindakan yang secara berperingkat ditamatkan selepas hubungan kedua-dua negara semakin baik. -Agensi

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan