26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Anwar, Srettha bincang usaha tingkat kerjasama

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan empat mata dengan rakan sejawatannya dari Thailand Srettha Thavisin di Putrajaya, untuk berbincang mengenai usaha meningkatkan kerjasama pertahanan dua hala.

Anwar menerusi hantaran di Facebook berkata, beliau menerima kunjungan hormat rakan sejawat dari Thailand itu yang sedang mengadakan lawatan ke Malaysia buat julung kalinya.

“Kunjungan sulung Srettha ke sini selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Thailand pada 5 September.

Advertisements

“Pertemuan kira-kira 45 minit di pejabat saya itu juga turut diapit Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Luar Negeri Datuk Amran Mohamed Zin selain delegasi kerajaan Thailand dalan mesyuarat bilateral yang membincangkan isu-isu terkait antara dua negara berjiran.

“Sayugia, perbincangan ini dijangka dapat mengukuhkan lagi hubungan Malaysia-Thailand yang telah lama terjalin, sebagai negara yang berjiran dan negara anggota ASEAN.

“Moga hubungan kedua-dua negara berjiran terus kekal utuh dan harmoni, Insya-Allah,”ujar beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan