27.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

Bot nelayan ditahan tunda ikan di zon larangan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBUAH bot nelayan tempatan kelas C ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kerana disyaki menunda (tarik tepi) ikan di zon larangan, petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Romli Mustafa berkata, bot nelayan berkenaan ditahan di kedudukan kira-kira 11.4 batu nautika barat daya Pulau Singa Besar, Langkawi, Kedah.

Katanya, penahanan dibuat ketika bot ronda Maritim Malaysia sedang melakukan rondaan operasi Op Aman dan Op Tiris di perairan Langkawi.

“Bot pukat tunda dikendalikan oleh seorang tekong dan empat kru kesemuanya warga Thailand dalam lingkungan umur antara 26 hingga 58 tahun telah ditahan berada di zon larangan perikanan.

Advertisements

“Tiga daripada kru tersebut juga gagal mempamerkan passport yang sah ketika pemeriksaan sedang dilakukan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Romli berkata, kesemua suspek beserta bot ditahan bersama ikan campur seberat 100 kilogram (kg) dan diiring masuk ke Jeti Maritim Malaysia Bukit Malut untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti memukat di zon larangan iaitu di bawah lima belas batu nautika dari pantai.

“Selain itu, ia turut disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mempamerkan passport yang sah,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

SU Politik PM kecewa Malindo Air tutup pintu lebih awal

SETIAUSAHA Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin kecewa apabila pesawat Malindo Air yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan