34.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 27, 2023

Singapura rampas lebih 1.6 tan sayur dari Malaysia

Mesti Baca

AGENSI Makanan Singapura (SFA) merampas lebih 1.6 tan sayur-sayuran yang diimport dari Malaysia secara haram melalui operasi yang diadakan pada Rabu dan Khamis lalu.

Dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat, melalui operasi itu, agensi berkenaan serta Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menyasarkan lori membawa sayur-sayuran segar dan diproses untuk diedarkan terus kepada peruncit serta pelanggan.

Katanya, dua lori kemudian diminta berhenti oleh pegawai ICA di Pusat Pemeriksaan Woodlands sebelum ia dirujuk kepada SFA untuk pemeriksaan.

“SFA kemudian menemui lebih 1.6 tan hasil yang tidak diisytiharkan seperti kailan, bawang besar, daun pandan, cili merah, lobak merah, tomato, kacang panjang dan kobis Beijing yang dibawa masuk dua pengimport.

“SFA sedang menjalankan siasatan lanjut sebelum mengambil tindakan penguatkuasaan,” katanya.

Di Singapura, import makanan termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran hanya boleh dilaksanakan pengimport berlesen, dan setiap muatan mesti diisytiharkan serta disertakan dengan permit import yang sah, berdasarkan syarat ditetapkan SFA.

Tindakan mengimport buah-buahan dan sayur-sayuran segar secara haram boleh dikenakan denda maksimum SGD$10,000 (RM34,258) atau penjara untuk tempoh tidak melebihi tiga tahun. 

SFA berkata, sayur-sayuran yang diimport secara haram boleh menimbulkan risiko keselamatan makanan, apatah lagi jika racun perosak yang tidak dikawal atau tahap tinggi digunakan.

“Pengambilan jangka panjang sisa racun perosak yang berlebihan melalui pemakanan sayur-sayuran boleh membawa kepada kesan buruk kesihatan. -Agensi

Terkini

Kalau tak faham keperitan rakyat baik diam – Dr. Akmal

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Mohamad Akmal Saleh membidas kembali kenyataan bekas Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian...

Lagi Artikel Berkaitan