27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

PM ucap takziah atas pemergian Raymond Goh

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga penyampai berita Nightline, TV3, Allahyarham Raymond Goh yang menghembuskan nafas terakhir, pagi tadi.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri menyifatkan dunia penyiaran akan merindui Allahyarham Raymond.

Pada masa sama, beliau berkata, jasa Raymond atau nama sebenarnya, Muhammad Zaman Goh Abdullah akan terus dikenang selama-lamanya.

“Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Raymond yang meninggal dunia pagi tadi.

“Mendoakan semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini.

Advertisements

“Dunia penyiaran akan merindui Allahyarham dan sudah pastinya juga, jasa beliau akan terus dikenang selama-lamanya,” katanya dalam hantaran tersebut.

Raymond disahkan meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta, Petaling Jaya kira-kira pukul 10.40 pagi tadi.

Isteri Allahyarham, Faridah Teh memaklumkan, pembaca berita bersuara ’emas’ itu pergi dalam keadaan tenang selepas bertarung dengan kesan serangan angin ahmar.

Faridah memberitahu, jenazah Raymond akan disolatkan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar, hari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan