26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Cubaan seludup benih udang karang tumpas

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mematahkan cubaan menyeledup benih udang karang bernilai RM1.8 juta dari negara jiran, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, sepasukan polis daripada Unit Risik Marin Markas Taktikal Pengerang menerima maklumat berkenaan sebuah bot fiber mencurigakan di jeti awam Legaran Air Gemuruh, Sedeli, sekitar pukul 5.30 petang.

Katanya, pemeriksaan mendapati bot tersebut membawa sejumlah kotak gabus berwarna putih yang disyaki mengandungi benih udang karang daripada negara jiran yang tidak mempunyai permit yang sah.

“Polis turut menahan lima lelaki tempatan berusia antara 21 hingga 43 tahun. Antara yang dirampas termasuk 50 kotak putih mengandungi 24 bungkusan plastik (150 ekor setiap satu), sebuah bot fiber dan sebuah lori.

Advertisements
Kotak gabus putih (kiri) mengandungi bungkusan benih udang karang (kanan) dipercayai diseludup dari negara jiran. – Edisi9/Polis Johor

“Nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM2.05 juta. Kes disiasat di bawah Seksyen 40 Akta Perikanan 1953,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kamarul Zaman dalam pada itu turut menasihatkan individu yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan supaya menghentikan tindakan tersebut.

Ini kerana katanya, polis tidak akan berkompromi serta akan terus menjejaki aktiviti mereka.

“Masyarakat juga digesa menyalurkan maklumat kepada Polis Johor tentang sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang dan peraturan supaya keselamatan negara dan ketenteraman awam terpelihara,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan