28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Kerajaan lulus RM500 juta kerja-kerja naik taraf HSA

Projek itu juga akan disegerakan dan telah meminta agar dilaksanakan pada tahun ini juga.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN meluluskan peruntukan segera berjumlah RM500 juta untuk kerja-kerja menaik taraf fasa pertama Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru khususnya melibatkan pembinaan tempat letak kenderaan bertingkat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan segera itu bertujuan untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit-pesakit dan waris di hospital berkenaan.

“Usai sesi menghadap saya terus adakan tinjauan di HSA, Johor Bahru.

“Tinjauan ini dibuat selepas menerima laporan daripada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa tentang kesesakan kritikal di HSA yang berlaku sejak puluhan tahun lalu.

“Selepas melihat sendiri kemudahan dan fasiliti di sini serta meneliti permintaan yang dibuat saya meluluskan peruntukan segera RM500 juta bagi projek pembangunan fasa pertama infrastruktur HSA.

“Ia merangkumi pembinaan parkir bertingkat yang harus disegerakan serta pembinaan beberapa blok bertingkat baharu di HSA,” katanya selepas melakukan lawatan kerja di hospital berkenaan, hari ini.

Advertisements

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa.

Anwar Ibrahim mengadakan lawatan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Anwar berkata, kerajaan negeri turut telah mengambil langkah-langkah sementara dan mempermudahkan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

“Setelah berbincang dengan Kementerian Kewangan, kita mahu projek ini disegerakan dan saya telah minta ia dilaksanakan pada tahun ini juga,” katanya yang juga Menteri Kewangan.

Tambah Anwar, pihaknya juga bersetuju dengan perancangan asal menaik taraf dan pembinaan beberapa kompleks kesihatan baharu di kawasan HSA.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap usaha ini dapat mengurangkan kesesakan di HSA dan juga memberikan keselesaan kepada rakyat yang menggunakan perkhidmatan di hospital ini, Insya-Allah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan