26 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak ganti Bahagian Kanak-Kanak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Pembangunan Kanak-kanak yang ditubuhkan dan berkuatkuasa 1 Sept lepas adalah bagi menggantikan Bahagian Kanak-Kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, jabatan yang diumumkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada Feb lepas merupakan solusi terbaik dalam menangani segera isu pengabaian dan penderaan kanak-kanak yang semakin meruncing.

“Jabatan ini diyakini berupaya memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat khususnya kanak-kanak berlandaskan kepada lima teras utama iaitu pencegahan, pembangunan, perlindungan, pemulihan dan pengintegrasian ke dalam masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, katanya jabatan itu telah meluluskan 169 perjawatan kontrak daripada pelbagai skim perkhidmatan dan gred untuk tahun ini bagi memastikan kecekapan dan perkhidmatan yang efektif serta profesional dapat diberikan demi kesejahteraan kanak-kanak di negara ini.

Advertisements

Selain itu, katanya, usaha menggerakkan komuniti yang telah ditubuhkan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak dan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak serta pembantu pelindung juga akan ditingkatkan di semua 105 daerah.

Dalam masa sana, Nancy turut meminta orang ramai untuk terus cakna dalam melindungi kanak-kanak dan melaporkan sebarang kes penderaan atau pengabaian kanak-kanak di Talian Kasih 15999 atau menerusi Whatsapp di talian 019-2615999 yang beroperasi 24 jam.

Anwar semasa membentangkan Belanjawan 2023 memaklumkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mewujudkan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak untuk memberikan perkhidmatan sokongan lebih komprehensif kepada kanak-kanak. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan