26.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2024

Fourtwnty ‘Nalar’ Tour ubati penggemar di Malaysia, Singapura  

Mesti Baca

SEBUAH perjuangan yang keras dan tidak mudah namun berbuah manis  dengan satu demi satu pencapaian daripada karya-karya yang digarap menjadi candu  telinga juga jiwa sehingga menelurkan album yang suatu ketika dulu hanya sebuah mimpi.  

Tanpa sedar, saat tembang Aku Tenang, Fana Merah Jambu, Kita Pasti Tua dan Zona Nyaman masih menjadi peneman penggemar, Fourtwnty siap memperkenalkan album ketiga.  

Nalar, begitu judul album ketiga yang diisi dengan 10 buah lagu. Maksudnya sederhana, sentiasa, selalu, namun pengisian Nalar membawa mesej cukup besar.  

Mengangkat mesej atau tema mengenai penderitaan seseorang hingga persoalan mental, Nalar tidak hanya mahu diperdengarkan lewat telinga dan mata di medium kaca televisyen juga telefon pintar, tetapi Fourtwnty dengan bangga memperkenalkan album ini secara berdepan.  

Fourtwnty ‘Nalar’ Tour begitu dengan bangga diperkenalkan siri jelajah yang menyaksikan Ari Lesmana, Asep Nurohman, Andika Dwi Putra Arman, Primanda Ridho dan Ryan Maulana siap menyapa penggemar di beberapa kota atau negeri terpilih.  

Lebih mengujakan Fourtwnty ‘Nalar’ Tour menyaksikan kugiran yang dikenal dengan genre pop folk dan lirik puitis ini buat pertama kali memasukkan beberapa negeri di Malaysia dalam siri rangka promosi mereka.

Sebelum ke Malaysia, Fourtwnty ‘Nalar’ Tour terlebih dahulu menyapa penggemarnya di  Capitol Theatre, Singapura pada 7 Oktober ini.  

Warga Pahang, siap-siap menyambut jaguh kalian pada 13 Oktober bertempat di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan.  

Buat penggemar di Johor Bahru yang telah lama menantikan Fourtwnty menebarkan pesona mereka di bandaraya ini, jangan sampai terlepas Fourtwnty ‘Nalar’ Tour yang dijadualkan berlangsung di Persada Johor International Convention Centre, Johor pada 15 Oktober depan.  

Fourtwnty ‘Nalar’ Tour kemudian dibawa naik ke Utara, khususnya di Pulau Pinang pada 20  Oktober di Vervea Trade and Exhibition Centre (VTEC), Batu Kawan, Pulau Pinang. 

Tidak lengkap siri jelajah Fourtwnty ‘Nalar’ Tour tanpa singgah di Kuala Lumpur. Oleh itu, siap sedia menyambut Fourtwnty di ZEPP Kuala Lumpur pada 22 Oktober.  

Advertisements

“Melakukan siri jelajah di beberapa kota di Malaysia adalah sebuah rencana yang luar biasa mampu dilaksanakan Fourtwnty.

“Tidak kita sangka mimpi itu bisa dilaksana lewat album ketiga kami, Nalar selepas beberapa siri persembahan sebelum ini hanya di Kuala Lumpur.  

“Sampai jumpa nanti, Nalar tidak sabar untuk diraikan bersama-sama anda semua,” kata Ari Lesmana.  

Larasuka telah menjadi senjata pertama dari Nalar yang terus membuai emosi dan melekat di jiwa.  

Selain Nalar, album yang digarap bersama penerbit sekian lama yang bekerja dengan  Fourtwnty, Andi, juga diisi dengan satu-satunya lagu bahasa Inggeris iaitu High.

Ia turut diisi  dengan beberapa karya yang telah dirilis sejak 2020 iaitu Nematomorpha, Kursi Goyang dan Mangu yang memperkuatkan isi Nalar.  

Bercakap tentang mesej mengenai penderitaan seseorang hingga persoalan mental yang  diisi dalam Nalar, Ari menyifatkan album ketiga yang dirilis ini sebagai ubat.  

“Nalar adalah sebuah ubat buat semua yang mungkin punya sesuatu hal yang tidak boleh disembuhkan, ubat ini kami racik sedemikian rupa,” katanya.  

Jangan sampai terlupa temujanji anda dengan Fourtwnty pada tarikh-tarikh dan destinasi  yang ditetapkan. 

Tiket- tiket untuk Malaysia sudahpun dijual sejak 5 September di www.myticket.asia. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Anwar terkesan, sedih dengan kematian Presiden Raisi

DATUK Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa terkesan dan sedih menerima laporan kemalangan helikopter yang membabitkan Presiden Iran, Ebrahim Raisi...

Lagi Artikel Berkaitan