29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Zambry adakan lawatan kerja ke Iraq

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MENTERI Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir akan mengadakan lawatan rasmi selama dua hari ke Iraq bermula hari ini.

Wisma Putra menerusi kenyataan berkata, lawatan tersebut adalah jemputan daripada Timbalan Perdana Menteri Hal Ehwal Antarabangsa Iraq yang juga rakan sejawatnya, Dr. Fuad Muhammad Hussein.

Ujarnya, ini merupakan lawatan pertama Zambry ke negara tersebut selepas menjawat jawatan sebagai Menteri Luar Negeri pada 2 Disember tahun lalu.

“Semasa lawatan, Menteri Luar Negeri dijangka akan melakukan kunjungan hormat ke atas pemimpin-pemimpin Iraq.

“Beliau turut dijadualkan mengadakan perbincangan dua hala dengan Dr. Fuad susulan perbincangan yang telah diadakan di sela-sela Mesyuarat Biro Penyelarasan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) Peringkat Menteri Luar Negeri pada 5 Julai lalu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Wisma Putra berkata, kedua-dua menteri dijangka menilai kemajuan kerjasama dua hala sedia ada dan membincangkan langkah bagi meneroka bidang kerjasama baharu.

Kedua-dua pemimpin juga dijangka akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

“Menteri Luar Negeri juga akan mengambil peluang di Baghdad untuk mengadakan sesi libat urus dengan komuniti perniagaan Iraq untuk meneroka potensi dalam bidang ekonomi antara kedua-dua negara,” katanya.

Iraq merupakan rakan dagangan keenam terbesar Malaysia dan sumber import ketujuh terbesar di kalangan negara-negara Asia Barat.

Jumlah keseluruhan dagangan pada 2022 ialah RM4.68 bilion meningkat 24.3 peratus, berbanding RM3.76 bilion pada 2021. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan