31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Kor Ming sila beri penjelasan – Dr. Akmal

Tular di media sosial logo DAP dan PH diletakkan dalam replika cek sumbangan kerajaan kepada sekolah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERGERAKAN Pemuda UMNO menuntut penjelasan daripada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berhubung tindakannya meletakkan logo parti pada replika cek sumbangan kerajaan.

Ketua Pemuda, Dr. Muhamad Akmal Saleh menyifatkan ia sebagai satu tindakan yang bodoh kerana DAP tiada kaitan dengan sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan.

“Kami mahukan penjelasan daripada Nga Kor Ming. Adakah sumbangan ini dari pihak kerajaan?

“Dan jika dari pihak kerajaan, apakah kaitan logo DAP berada di replika cek sumbangan tersebut? Jangan jadi bodoh bila dah menjadi menteri!” tegas Muhamad Akmal menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Advertisements
Gambar tular replika sumbangan kepada pihak sekolah oleh Kerajaan Persekutuan yang turut disertakan bersama logo DAP dan Pakatan Harapan. – Edisi9/Media Sosial

Terdahulu tular gambar mengenai Kor Ming menyerahkan peruntukan kepada beberapa buah sekolah di Perak dengan lambang DAP dan Pakatan Harapan (PH) dipaparkan di atas replika cek tersebut. 

Tindakan tersebut mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan parti gabungan mahupun pembangkang.

MCA semalam menerusi jurucakapnya, Wong Siew Mun berkata, tindakan Kor Ming itu memburukkan imej Kerajaan Perpaduan kerana ia bukan dari mana-mana parti politik.

Tegas Pemuda MCA Pahang itu, Kor Ming dilihat mempolitikkan peruntukan kerajaan untuk meraih manfaat politik bagi diri dan partinya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan