32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Malaysia mara ke separuh akhir AFF B-23

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SKUAD bawah 23 tahun (B-23) negara berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Kejohanan AFF B-23 selepas menundukkan Timor Leste, 3-1 malam tadi.

Segar dengan kemenangan ke atas pasukan jiran, Indonesia pada Jumaat lalu, anak buat E. Elavarasan mendominasi 10 minit pertama perlawanan.

Alif Ikmalrizal Anuar berjaya meletakkan skuad muda negara di depan seawal minit kelima menerusi satu sepakan padu ke sebelah kanan gawang sekali gus menewaskan Georgino da Silva.

Skuad negara bertambah yakin selepas itu dan memperoleh gol kedua pada minit ke-13 menerusi jaringan Alif Izwan Yuslan.

Alif Izwan yang menerima hantaran Alif Ikmalrizal mendada bola sebelum menolak bola masuk di celah kaki penjaga gol Timor Leste untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Advertisements

Olagar Xavier merapatkan jurang 2-1, empat minit sebelum rehat menerusi satu penyudah yang berkesan.

Skuad kendalian Park Suntae bermula garang di babak kedua dengan mencipta beberapa gerakan berbahaya namun gagal melepasi kekebalan benteng skuad muda negara.

Sebaliknya, Malaysia kembali melebarkan kedudukan menerusi jaringan kedua peribadi Alif Ikmalrizal pada malam itu pada minit ke-64.

Kedudukan tersebut kekal sehingga wisel penamat sekali gus menyaksikan Malaysia menempah pertemuan dengan juara bertahan, Vietnam di separuh akhir, esok.

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir bakal menyaksikan pertembungan antara Indonesia dan Thailand. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan