31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Tapak pembinaan gagal patuhi syarat pengoperasian diserbu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9


SEBUAH tapak pembinaan diserbu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana didapati gagal mematuhi syarat pengoperasian dalam Operasi Bersepadu Tapak Pembinaan Siri 11/2023 di Bandar Tasik Selatan, Sungai Besi, Kuala Lumpur tengah hari tadi.

Operasi bersepadu berkenaan dilaksana dengan kerjasama agensi sahabat terdiri dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH).

DBKL menerusi kenyataan berkata, kesemua penguatkuasa telah melaksanakan pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan mengikut bidang kuasa dan peruntukan undang-undang masing-masing.

“Pemeriksaan di sekitar kawasan tapak pembinaan ini dibuat bagi menentukan tahap kebersihan, keselamatan dan permit kebenaran serta memastikan segala peraturan di tempat pembinaan sentiasa dipatuhi oleh kontraktor dan pemilik syarikat.

“Sejumlah 27 orang pekerja pembinaan telah ditahan bagi pemeriksaan berkaitan dokumentasi perjalanan dan permit kerja melibatkan 20 orang warga Bangladesh dan tujuh orang warga Indonesia oleh pihak JIM.

“DBKL pula telah mengeluarkan lima notis kompaun di dalam kawasan pembinaan melibatkan tiga notis kompaun di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 berkaitan kesalahan tidak menyediakan kawasan cucian tayar, badan kenderaan keluar.

Advertisements

“Selain itu, kesalahan lain turut didapati tapak pembinaam berkenaan didapati telah mengalirkan sisa pembinaan ke dalam longkang awam, struktur tanpa kebenaran.

“Disamping itu, dua notis kompaun turut dikeluarkan di bawah Undang-undang Kecil Pengangkutan Bahan (WPKL) 1997 semasa pemeriksaan terhadap kenderaan berat yang tidak mempunyai permit mengangkut bahan binaan dan tayar lori kotor,” katanya.

Sementara daripada pihak agensi sahabat, DBKL berkata, sebanyak lima notis Arahan Keselamatan dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH).

“Selain itu, dua notis dari pihak CIDB berkaitan Kesalahan Industri kepada pemilik, pengendali di tapak pembinaan melibatkan pelbagai kesalahan-kesalahan am yang dikuatkuasakan agensi berkenaan.

Ujar DBKL, operasi bersepadu ini akan diteruskan mengikut kawasan parlimen di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan