26.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 22, 2024

Empat parah, enam cedera bot penumpang meletup

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

EMPAT parah sementara enam yang lain cedera ringan apabila bot penumpang yang dinaiki meletup di sekitar 7.6 batu nautika dari Pulau Pemanggil, Mersing, Johor hari ini.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, bot ronda Perkasa 44 yang sedang dalam rutin Op. Jaksa telah diatur gerak ke lokasi kejadian pada kira-kira pukul 11.50 pagi tadi.

“Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat dua wanita dan dua lelaki mengalami kecederaan parah pada bahagian kaki serta bahu sementara enam lagi mangsa mengalami cedera ringan termasuk dua kru bot.

“Kesemua mangsa telah diberi rawatan awal sebelum dipindahkan ke bot Perkasa 44 dan bot awam yang membantu di lokasi kejadian,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, jumlah kesemua mangsa termasuk kru yang berada di atas bot penumpang itu ialah 10 orang, empat lelaki dan enam wanita yang berusia antara 32 hingga 48 tahun.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati, letupan disyaki berpunca di bahagian lantai bot namun siasatan terperinci mengenai punca sebenar masih giat dilakukan.

“Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Mersing untuk rawatan lanjut.

“Pihak Maritim Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Polis Marin (PPM) dan bot komersial awam yang membantu dalam menyelamatkan mangsa di laut susulan kejadian tersebut,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wajah Faisal di Stadium MBPJ kenang peristiwa hitam bola sepak

WAJAH pemain Selangor, Faisal Halim dijadikan hiasan mural pada Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya sebagai mengenang...

Lagi Artikel Berkaitan