25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Takaful Ikhlas tawar khidmat tunda, bantuan 24 jam sehari

Mesti Baca

TAKAFUL Ikhlas General Bhd menawarkan perkhidmatan tunda kenderaan dan bantuan di jalan raya 24 jam sehari, dengan manfaat tambahan.

Anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd itu menjelaskan, manfaat yang diberikan meliputi perlindungan kemalangan peribadi tambahan menerusi Bantuan Ikhlas Supreme Takaful, satu pelan manfaat takaful motor komprehensif lanjutan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Datuk Rudy Rodzila Che Lamin berkata, kerosakan atau kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa.

“Dengan perkhidmatan Bantuan Ikhlas Supreme Takaful 24 jam sehari, peserta boleh mendapatkan bantuan tunda kenderaan dan bantuan di jalan raya pada bila-bila masa mereka perlu, siang atau malam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, bantuan itu merangkumi pelbagai manfaat kepada pemandu dan penumpang sekiranya berlaku kecederaan badan, kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan bukan sahaja di Malaysia malah juga di seluruh dunia.

Advertisements

“Peserta boleh menikmati manfaat Bantuan Ikhlas Supreme Takaful dengan sumbangan bermula serendah RM120,” katanya.

Firma takaful itu juga menawarkan Elaun Kesulitan sebanyak RM500 kepada peserta sekiranya kenderaan yang dilindungi itu rosak akibat banjir.

“Perubatan, pengebumian, ambulans, pembedahan rekonstruksi wajah, rawatan pergigian, tambang teksi dan penginapan hotel peserta turut diberi pampasan,” katanya lagi.

Pelan ini ditawarkan kepada peserta yang telah melanggan Ikhlas Private Car Comprehensive Plus Takaful dan Ikhlas Private Car Takaful dengan perlindungan komprehensif.

Layari www.takaful-ikhlas.com.my, cawangan Takaful Ikhlas atau hubungi ejen berdaftarnya di seluruh negara untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Ikhlas Supreme Takaful. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan