29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Pas ‘ugly kingmaker’, suka tukar fatwa halalkan politik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PAS hanya boleh dilabelkan sebagai ugly kingmaker kerana parti tersebut dikatakan selalu menukar ‘fatwa’ untuk menghalalkan tindakan politiknya.

Ini kerana kata Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, Pas boleh tinggalkan siapa sahaja yang parti itu mahukan.

“Betul, Pas adalah kingmaker. Tetapi “ugly kingmaker”. Pas boleh tukar fatwa untuk menghalalkan tindakan politiknya.

“Pas akan menghukum dan melabel sesiapa sahaja sebagai anti-Islam untuk menjadi kingmaker,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Menurut beliau, dengan keadaan itu menjadikan Pas semakin angkuh kerana kini parti itu menjadi kingmaker kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Bersatu.

Advertisements

Mohd Puad berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor semalam bahawa semua gerakan politik di negara ini harus melibatkan Pas sebagai kingmaker untuk perpaduan ummah.

Menurut Pengerusi Pilihan Raya Pas itu beliau percaya, hayat politik Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi boleh berpanjangan jika bekerjasama dengan Pas.

Menurutnya lagi Pas adalah kingmaker.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, UMNO tidak berhasrat untuk menjalinkan semula hubungan kerjasama dengan parti atau pemimpin yang bermuslihat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan