28.3 C
Kuala Lumpur
Monday, September 16, 2024

Isu hadis 40: Fadhli selar pihak bantah insiatif KPM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari menyelar tindakan segelintir pihak yang membantah inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang kini menjadi kontroversi.

Beliau berkata, tiada sebab untuk membantah inisiatif KPM untuk melaksanakan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di 289 buah sekolah-sekolah kerajaan secara rintis kepada guru dan murid yang beragama Islam.

“Dalam Akta Pendidikan 1996, Seksyen 50(1) “Jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri”

“Pihak membantah samada dari parti mana sekalipun, dari Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) mana sekalipun, perlu sedar realiti dalam Akta Pendidikan tersebut.

Advertisements

“Tak usahlah menjadi hero pula dalam isu ini,”katanya menerusi kenyataan di Facebook di sini.

Kontroversi berhubung pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi itu mula timbul apabila segelintir pihak menyuarakan bantahan selepas KPM pada 19 Ogos lalu memaklumkan akan melaksanakan inisiatif berkenaan pada 19 Ogos lalu.

KPM menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya akan memulakan pelaksanaan modul tersebut untuk memupuk semangat ihsan dan kasih sayang.

Katanya, langkah itu sebagai usaha memperkasakan kefahaman agama dalam kalangan guru dan murid beragama Islam dan akan dilaksana secara rintis membabitkan guru dan murid beragama Islam di 61 sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) dan 228 sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) seluruh negara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Antara ekonomi gig, minat belajar dan pendidikan tinggi

Oleh NIK AMALENA NAJEBAH NIK AZMAN PADA masa kini, ekonomi gig telah berkembang pesat bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh...

Lagi Artikel Berkaitan