30.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Tiga pemandu selamat dalam dua kejadian kereta terbakar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIGA pemandu berdepan detik cemas selepas terbabit dalam dua kemalangan berasingan di Pulau Indah dan Klang, awal pagi Ahad.

Kejadian pertama di Lebuh Raya Pulau Indah, Taman Teluk Gedung Indah, melibatkan seorang pemandu apabila kenderaan yang dipandunya terbabas lalu merempuh sebatang pokok.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 2.10 pagi.

“Seramai lima anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Fire Post bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba dilokasi, pihak bomba mendapati kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang terbabas melanggar sebatang pokok,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, mangsa bertindak menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

“Kita berjaya mengawal kebakaran pada jam 2.30 pagi dan api dipadamkan sepenuhnya 10 minit kemudian, kemusnahan dianggarkan 95 peratus,” katanya.

Advertisements

Sementara dalam satu lagi kejadian, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dipercayai berlanggar dengan sebuah kereta jenis Audi.

Akibat perlanggaran itu menyebabkan kenderaan MPV terbalik dan terbakar di Jalan Perdana Indah, Klang dalam kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi.

Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 2.43 pagi.

Sebuah kenderaan MPV terbalik dan terbakar selepas berlanggar dengan sebuah kereta lain di Jalan Perdana Indah, Klang.

“Seramai tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dari BBP Kota Raja ke lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mendapati kebakaran melibatkan sebuah MPV dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun yang dipercayai melanggar bahagian belakang kereta Audi di laluan sama.

“Kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 3.10 pagi, manakala kereta Audi yang tidak terbakar dibawa ke balai polis sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

“Kedua-dua pemandu itu tidak mengalami kecederaan, anggaran kemusnahan kenderaan yang terbakar dianggarkan 90 peratus,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan