28.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Proton catat prestasi jualan terbaik sejak 2012

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENGELUAR kereta nasional, Proton berjaya mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 28.6 peratus dalam tempoh separuh pertama tahun ini.

Proton menerusi hantaran Facebook berkata, sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 77,321 unit kenderaan telah terjual.

Syarikat itu berkata, ini merupakan prestasi terbaik mereka sejak 2012. 

“Proton juga menguasai 23.2 peratus pasaran pada Jun tahun ini, peningkatan daripada 21.3 peatus yang dikuasainya pada 2022. 

“Lima model Proton pula menjadi peneraju jualan dalam segmen masing-masing, termasuk Proton X90 sebagai peneraju kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-D baharu,” katanya hari ini.

Advertisements

Jumlah volum industri (TIV) bagi Jun dianggarkan 61,900 unit dan pegangan pasaran Proton dalam 23.2 peratus.

Pegangan pasarannya setakat tahun ini telah meningkat kepada 21.3 peratus, peningkatan sebanyak 3.2 peratus tahun ke tahun.

Menurut Proton, syarikat tersebut kini mensasarkan peningktan jualan dan memberi fokus kepada pasaran kereta elektrik di negara ini.

“Kini syarikat berhasrat untuk terus meningkatkan jualan dan kualiti produk serta memperluas kehadiran mereka dalam pasaran kereta elektrik Malaysia pada separuh kedua tahun ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Hannah seru henti sebar versi tidak tepat keadaan Faisal

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyeru semua pihak agar tidak menyebarkan pelbagai versi tidak tepat mengenai keadaan Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan