27.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Bot nelayan ditahan langgar syarat sah lesen

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C di kedudukan 6.9 batu nautika selatan Pulau Ajar, Langkawi, pukul 11 pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksmana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, bot nelayan berkenaan ditahan ketika rondaan rutin dan penguatkuasaan bot Maritim Malaysia di sekitar perairan Langkawi.

Ujarnya, hasil pemeriksaan mendapati, bot nelayan itu dikendalikan tekong bersama tiga awak-awak terdiri daripada seorang warga Thailand dan dua orang warga Kemboja.

“Kesemua mereka berumur lingkungan 34 hingga 72 tahun. Bot nelayan terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen.

Advertisements

“Salah seorang daripada awak-awak tidak mempunyai passport di samping tidak menyediakan alat pemadam api kecil seperti (APAK) seperti disyaratkan dalam lesen,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Romli berkata, bot, tekong, kru termasuk hasil tangkapan dianggarkan seberat 800 kilogram (kg) ditahan dan dibawa ke Jeti Maritim Bukit Malut, Langkawi untuk siasatan lanjut.

“Maritim Malaysia memandang serius terhadap operasi penguatkuasaan di laut dan akan mengambil tindakan tegas kepada individu yang melakukan aktiviti jenayah di perairan negara.

“Sebarang aduan dan maklumat mengenai kegiatan jenayah maritim serta kecemasan di laut, sila hubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis di talian 04-966 2750 atau di talian kecemasan MERS 999 untuk tindakan segera,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan