30.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Islam tidak terancam di bawah Kerajaan Perpaduan – Shahrir

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan Islam sebagai agama rasmi terus terpelihara dan tidak diancam mana-mana pihak.

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, semua parti politik tanah air sudah pernah berada dalam kerajaan dan jika hendak dibandingkan hendaklah dilihat kepada usaha dan pencapaian dalam tempoh yang sama.

“Contohnya, bandingkan tujuh bulan pertama Kerajaan Pakatan Harapan (PH) 1.0 selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan tujuh bulan pertama Kerajaan Perpaduan selepas PRU-15.

“Selepas tujuh bulan pertama Kerajaan PH 1.0 yang dipimpin oleh Dr. Mahathir dan dibantu oleh Lim Guan Eng (DAP), Tan Sri Muhyiddin (Bersatu) dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR), telah berlaku satu kebangkitan dan bantahan terbesar orang Melayu Muslim di Kuala Lumpur.

“Ingat tak bantahan terbesar terhadap rancangan Kerajaan PH 1.0 ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) berlaku pada 8 Disember 2018, tujuh bulan selepas mereka ambil-alih tampuk pemerintahan negara,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Advertisements

Shahrir berkata, sungguhpun Dr. Mahathir, Muhyiddin dan Mohamed Azmin ada dalam kerajaan, tetapi usaha kearah sekularisme telah berlaku secara berterangan.

Katanya, ini mungkin kerana ada PKR dan DAP, kedua-dua parti yang berideologi sekularisma.

“Kalau sekarang ini ada momokan bahawa Islam berada dalam bahaya kerana adanya DAP dan PKR dalam Kerajaan Perpaduan, bezanya Dr. Mahathir, Muhyiddin dan Mohamed Azmin tidak berada dalam kerajaan.

“Mereka di luar. Dan beza sebenarnya, Barisan Nasional (BN) yang berada di dalam. Sehingga kini, selepas tujuh bulan semenjak tertubuhnya Kerajaan Perpaduan, tidak ada pun isu yang mengancam Islam, seperti ICERD dulu,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sejauh mana kebebasan universiti dimanfaatkan mahasiswa?

Oleh DR ABDUL MUQIT MUHAMAMMAD KEBEBASAN akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat universiti. Tanpa kebebasan akademik, masyarakat universiti tidak akan...

Lagi Artikel Berkaitan