Friday, June 5, 2026

Bapa Siti Nordiana, meninggal dunia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BAPA kepada penyanyi popular, Siti Nordiana iaitu Alias Ahmad meninggal dunia di rumahnya di Felda Sendayan, Negeri Sembilan, pagi tadi.

Khabar duka berkenaan dikongsinya menerusi Instagram sebentar tadi.

“Assalamualaikum semua. Ayah Nana yang tercinta Alias Ahmad baru sahaja menghembuskan nafas terakhir.

“Mohon semua sedekahkan Al Fatihah buat Allahyarham ayah Nana,”tulisnya.

Difahamkan Allahyarham menghempuskan nafas terakhir dalam tidur.

Jenazah dijangka dikebumikan di Felda Sendayan selepas Asar.

Dalam pada itu di ruangan komen, rakan selebriti juga turut menzahirkan ucapan takziah.

“Innalillahiwainnailaihirojiun… Salam takziah adikku… Moga Allah tempatkan ayahanda di kalangan hambaNya yang soleh dan beroleh syurga. Amin,” @errafazira.- Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan