29.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Imigresen buka cawangan pejabat pasport di Putrajaya

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JABATAN Imigresen akan membuka satu cawangan pejabat pasport baharu di Putrajaya yang dijangka akan mula beroperasi pada Oktober depan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pejabata itu akan dibuka di pusat membeli belah Shaftsbury yang terletak di Presint 1, Putrajaya.

Katanya, itu adalah salah satu pendekatan baharu yang diperkenalkan Jabatan Imigresen dalam mendekati masyarakat dengan membuka pejabat di kawasan tumpuan ramai.

“Pejabat ini dijangka memberikan kemudahan kepada komuniti sekitar Putrajaya seperti Serdang, Sungai Besi, Dengkil, Cyberjaya, Bangi dan Cheras.

“Selain daripada itu, pembukaan pejabat ini dapat mengurangkan kesesakan di waktu puncak bagi Pejabat Pasport di Ibu Pejabat Imigresen Malaysia di Presint 2,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis Sambutan Hari Imigresen 2023 di Dataran Pahlawan di Putrajaya hari ini.

Advertisements

Bagi tempoh 1 Januari sehingga 30 Jun 2023, Jabatan Imigresen telah mengeluarkan sejumlah 1,613,751 pasport di seluruh negara.

Daripada jumlah ini, pejabat pasport di Ibu Pejabat Imigresen telah memproses permohonan dan mengeluarkan sebanyak 68,416 pasport dengan purata permohonan dan pengeluaran 400 pasport sehari.

Sementara itu, Saifuddin berkata, Jabatan Imigresen juga akan membuka pusat sehenti untuk proses verifikasi bagi pemohon-pemohon yang telah mendaftar dalam Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (RTK 2.0) bermula 15 Ogos ini.

Kata beliau, pusat verifikasi RTK 2.0 akan dibuka di lokasi terpilih dalam kawasan Lembah Klang dengan dimulai pembukaan Pusat verifikasi RTK 2.0 di Ibu Pejabat Imigresen di Putrajaya dan seterusnya akan dibuka secara berperingkat.

“Pemohon (majikan dan pekerja yang berdaftar) boleh hadir secara terus tanpa perlu menunggu panggilan temujanji untuk hadir membuat verifikasi di lokasi terpilih ini.

“Inisiatif ini adalah bagi memudahcara urusan majikan yang telah mendaftar serta mempercepatkan urusan proses RTK 2.0 agar Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dapat di keluarkan dengan kadar segera kepada pekerja asing yang terlibat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bernas tanam padi pulut berskala besar di Langkawi

PADIBERAS Nasional Berhad (Bernas) melaksanakan projek penanaman padi pulut berskala besar membabitkan ladang sawah seluas 540 hektar di Langkawi,...

Lagi Artikel Berkaitan