26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

AGC nafi wujud pendakwaan terpilih, bermotif politik

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JABATAN Peguam Negara (AGC) menafikan dakwaan kononnya berlaku pendakwaan terpilih yang bermotif politik dan penganiayaan dalam pendakwaan kes baru-baru ini.

Menerusi kenyataan, AGC berkata, keputusan mengenakan pertuduhan terhadap mana-mana individu adalah berdasarkan keterangan dan fakta hasil daripada penyiasatan.

Katanya, pendakwaan bukannya dilakukan di atas desakan mana-mana pihak atau dorongan faktor yang lain.

“Keputusan itu dibuat berdasarkan keterangan dalam kertas siasatan, tidak memihak kepada sesiapa berlandaskan teras integriti bagi memastikan mangsa, saksi, tertuduh dan orang awam memperolehi keadilan yang sewajarnya.

“Ini selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntukkan di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya hari ini.

Advertisements

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin baru-baru ini menyifatkan tindakan ke atas Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sebagai penganiayaan berunsurkan politik dengan menyalah gunakan perundangan negara.

Sehubungan itu, AGC berkata, tidak timbul

dakwaan wujudnya pendakwaan terpilih bermotif politik dan penganiayaan terhadap individu yang melanggar undang-undang.

“Sekiranya terdapat keterangan dan bukti kukuh bahawa mana-mana individu telah melakukan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang, individu itu akan didakwa.

“Ini berdasarkan peruntukan undang-undang tanpa mengira status dan latar belakang orang yang didakwa,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan