Tuesday, June 16, 2026

PDRM sahkan pegawai polis wanita ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pegawai polis wanita yang tular di media sosial menghina anggota polis berpangkat rendah telah ditahan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bertindak atas maklumat, bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak telah membuat satu tangkapan pada Ahad jam 1.20 petang.

Beliau berkata, tangkapan itu melibatkan seorang pegawai kanan berusia 35 tahun.

“Polis turut merampas sebuah telefon bimbit bagi tujuan membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

“Suspek akan dilepaskan dengan diberi jaminan polis selepas siasatan lengkap dijalankan, memandangkan terdapat satu lagi report (laporan) polis yang dibuat melibatkan suspek yang sama,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Terdahulu, seorang penjawat awam wanita yang dipercayai seorang pegawai polis tular di media sosial kerana didakwa menghina anggota polis berpangkat rendah di Gombak.

Wanita yang sama sekali lagi kembali panas di media sosial kerana bergaduh mulut dengan orang awam di sebuah parkir pusat membeli belah pada Sabtu.

Video berdurasi seminit 30 saat yang tular di media sosial memaparkan seorang wanita memarahi individu yang dipercayai orang awam ketika mahu meletak kereta di kawasan parkir. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan